Sunday 6 October 2013

Assignment 2

C:\Users\Acer\Documents\NAZDZIRAH AMRAN.mht

student single vs student berstatus

Assalammualaikum~~

ahaaaaa...tiba-tiba jerk terfikir pasal tajuk ni..bukan apa,selaku pekerja sepenuh masa merangkumi pelajar separuh masa,membuatkan kita banyak masa untuk berfikir benda yang tak patut pun kena fikir.

last 2 weeks, result keluar. and tak terkejut pun bila dapat keputusan yang cemerlang macam gini. and the worst things yang i patut malu sampai ke hari ni, kenapa kawan i yang dah bergelar mak orang and dah jadi bapak orang pun dia punya result lagi cantik.

ni la masalah orang yang single sebenarnya. dorang ni terlalu banyak buang masa sampai rasa bila lah nak habis masa sehari ni. korang jangan la nak menipu sangat, balik-balik rumah terus buatkan lempeng untuk mak dan ayah atau terus mop rumah sebab takut nanti kawan sebilik marah. and sebenarnya,kita ini lebih banyak menghabiskan masa dengan mencipta pelbagai jenis alasan. kita boleh berfacebook. kita sempat je tengok tv cerita super spontan, kita sempat jer nak mesej2 pakwe2 kita say goodnite, kita sempat jek pergi uptown Danau Kota kejap beli spek hitam 1 2 pasang. tengok?semua nya kita sempat...tapi cuba suruh bukak buku jap,ulangkaji balik apa yg Prof dah ajar kat kelas,tak ada makna nya kan?dengan alasan, alaaah,tadi da kerja..pastu penat belajar lagi, tak kan nak hadap buku lagi. muntah la woii!

Lain cerita pula kalau nak sebut pasal orang dah kahwin ni. anak tido, tu lah satu2 nya masa untuk dia nak mentelaah pelajaran. mak orang ni lain, dia dah cukup matang untuk menentukan masa depan dia. kalau dia tak ambil kesempatan atas waktu tidur anaknya, then bila lagi dia sempat belajar kan?kadang2, benda macam ni lah yang membuatkan diri dia lebiih berdisiplin untuk menguruskan anak dan suaminya. memang kagum tengok kawan2 yang dah berkeluarga ni menguruskan masa dia. sebab tu dia boleh berjaya ye tak?

secara kesuluruhannya, saya mengaku...memang sangat2 mengaku. as a single student,as a single relationship, i admit that i always give a reason no mather what condition it is. kita ni, kalau semua benda asyik nak menangguh2 kan sahaja, memang akhirnya tak kemana kita. sama jugak macam solat, kalau asyik 2 minit lagi solat, lagi 5 minit la lagi...5 minit lagi kau kejutkan aku bangun solat erk..akhirnya memang malas la kita nk solat kn? sebab tu dalam cerita TANYALAH USTAZ dah berpesan, jangan sesekali tangguhkan niat baik kita untuk melakukan apa sahaja pekerjaan, nescaya syaitan akan berusaha untuk menyesatkan kamu sehingga kamu tidak lagi ingin melakukan kebaikan. (ok, ni ayat ciptaan sendiri,ustaz punya gaya bahasa da lupa,jadi korang paham2 la sendiri)

conclusion ye,untuk menjadikan korang lebih berdisiplin, korang kahwin la awal. automatik korang akan lebih berjaya dari yang single2 ni..wekss *tipu sahaja* yang penting usaha sendiri sebenarnya.Waallahualam~

BYE~


Group Assignment Power Point





















Manusia yang bodoh

Assalammualaikum~~

situasi 1:Bila waktu senang,Allah berikan kita kemewahan untuk kita bergembira..kita ni tak pernah mensyukuri dengan nikmat yang Allah berikan. hati tak pernah puas dengan pemberian-Nya. ni waktu senang kita da lupa Allah..gaji 3k, masih kata x cukup.

situasi 2: Kita lupa Allah ketika kita leka dengan segala kemewahan.tup-tup, Allah turunkan ujian dan musibah kepada kita. duit kita hilang, kereta rosak, kena halau dari rumah, anak tak dengar kata..but still kita masih lagi sombong, tak nak sujud kepada Allah.tak nak mengadu kepada-Nya. 

kalau masa senang kita lupa ALLAH, masa susah pun kita bongkak tak nak tunduk kepada pencipta kita. inilah yang dinamakan MANUSIA BODOH.


bukan di tuju kepada sesiapa...tapi panahkan kata2 ini di hati sendiri. janganlah kita tergolong dalam golongan manusia yang bongkak dan tamak.maka rugilah hidup mereka ini walaupun diberi 100 tahun untuk hidup didunia. Waallahualam.


Saturday 5 October 2013

RANDOM~~

Assalammualaikum~~


haaaa...dari tadi balik2 je dari keluar minum dengan family,terus on pc sebab nak kena update blog ni.
dari tadi sampai la sekarang...dalam lebih kurang 4 jam da tercongok je kat pc ni, baru 2 entry je dapat update???!!alahai nadzirah,awat hang ni lembap sangat doii?

nak dijadikan cerita...sebelum kita nk update pasal blog kita, saja jela nak cari idea dengan membaca blog2 blogger yang terkenal.konon la nak cari idea menulis kan..konon la kan.konon je la..konon konon jek...haa dah,last2 melayan membaca gosip2 artis sampai kesudah ni. itu sebab da pat 2 entry je sekarang..sob3

bukan apa..kita ni baru perasan,blogger2 yang terkenal ni nak sedapkan penulisan mana la ada guna bahasakan diri dia "kau" "aku"..semuanya ada gelaran masing2 kan. abang nara lah, keknis la dan lain2 lagilah.itu baru style!
jadinya..untuk membuatkan diri ni berstyle setanding dengan blogger2 yang lain..maka dengan secara rasminya, saya pun nak la juga rasa setanding.mulai sekarang no way kau aku aku kau kau dan aku dan aku dan kau lagi ok.ok jom start sekarang!

untuk entry yang seterusnya, apa yang patut Nanad kongsikan yerk?pasai diri Nanad kah?pasal isu bini mat yo kah?ke tentang segala yang Nanad suka?

what???"Nanad"?? *muntah**muntah**muntah* sila jangan geli..ini hanyalah percubaan sahaja.hahaha


iyerrr...iyerrr..saya tahu anda semua sedang ketawakan saya..keh3..macam ni la kan rupo nya?

Flyers for assignment

Taraaaaaa!!!!


Assalammualaikum~~

haaaa..siap pun flyer yang dikehendaki oleh Prof.
sekarang ni baru sempat nak upload kat blog
before ni, ada je error dapat masa nak upload.
nak buat ni pelbagai rintangan betul..alhamdulillah siap jugak akhirnya


kita ni budak account..jadi bab2 IT ni tak ada la hebat sangat..ni makan dia bila bab IT jakun sangat..kan ntah apa-apa jadinya flyer ni..tapi boleh la dibangga kan sikit,sebab tak la hebat..tapi nampak la hasil dia ok sikit dari langsung tak wujud benda ni kan.
lepas ni, kalau rasa-rasa berminat,boleh la telefon kita untuk tempah flyers untuk bisnes anda ek..hikhik..perasan~~

bye~~

Kelantan Vs JDT?Apa sudah jadi??

APA SUDAH JADI WAHAI JDT OII??

itulah..team johor ni..dah tahu terang2 la Team Malaysia,lawan dengan negara2 luar pon cikai2 boleh kalah, yang sibuk beli pemain kebanyakkan wakil kebangsaan jadi 1 team pon boleh kalah dengan kelantan. 

hahaha..agak weird bila seorang perempuan buat entry pasal bola.bukan sebab apa, tadi berlangsungnya game Kelantan vs JDT tuk suku akhir piala Malaysia. kita ni ikut trend jerk,sekarang tengah demam bola,baik ita cerita pasal bola dulu ye tak. 

aku bukan lah seorang yang peminat setia bola..dah nama perempuan,kita tak pandang pun bola tu.yang penting kita sokong pemain paling hensem tu lah yang kena menang.dia menangis,kita pon menangis la sama. bola offside ker,sepakan penjuru ker,awak ingat perempuan ni tahu?tak..ada perempuan ni, tengok bola pon boleh tanya yang team ni kena masukkan goal kat mana pon dorang tak tahu...seee, betapa hebatnya perempuan tengok bola.dia dengar semua menjerit,dia jerit la sekali. orang lelaki jangan bengang bila bini2 anda macam ni..ni la hakikatnya.

jom kita layan para2 pemain handsome yang boleh buat anda lupa seketika kehensome-an pakwe2 anda..heeee~






memang tak boleh tahan tengok Aidil dengan Apek ni..(pengsan 3 minit sebelum sambung menaip).lantak la cilok kat MR.Google pon...

Selamat malam~~